Wednesday, November 7, 2007

Raya ke 4 ~ Tree of Life

Isnin 15 Oct 2007...Melawat Tree of life
yang menjadi salah satu tempat tarikan pelancung di Bahrain...Sepohon pokok yang rendang tumbuh di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Kepada yang berhajat untuk melawat, awas!...ikut laluan yang betul jika tak nak kereta tersangkut ditengah-tengah padang pasir....

Tree of life dari jarak dekat. Daunnya kelihatan hampir sama dengan daun pokok asam jawa

Ruzaini, Fazilah, Suhaimi & Faizal


Demi cintaku padamu ...kemanapun kau kan kubawa...
ke hujung dunia ke bintang Kejora...
bulan madu di awan biru...tiada yang mengganggu...
bulan madu di kawasan gurun...hanya kita berdua!!!

Beraya di bawah pokok...
Apakan daya Bahrain ni taklah sebesar mana...
pusing-pusing jumpa orang tu jugak...
Dari kiri: Haniza & anak-anak, Ruzaini, Ani dan anak daranya, Fazilah, Raj, Rusman, Faizal & Zainal serta anak-anak (baju merah)

Tuesday, November 6, 2007

Raya ke 4 ~Durrat al Bahrain

Entrance Durrat Al Bahrain: Suhaimi, Faizal & Raj
(Isnin, 15 Oct 2007)
Suhaimi & Fazilah

Laman di padang pasir...pokok utama adalah pokok kurma & kaktus


Berehat seketika di pintu masuk...tolong! panas!!

Fazilah & Ruzaini....tak nampak pula ikan kat belakang

Romantika di Durrat al Bahrain...jangan jealous...
Dah jatuh cinta pada lukisan kat belakang tu ke?
...nanti kita beli ekkk....














Ruang tamu
modern concept yang memukau
mata dan hati pengunjung...bila nak kayo?
..boleh order satu







Kat toilet juga bisa posing juga ya Pak Faizal?...
Order belum sampai lagi ke?...
dapur dah lawa-lawa ni, sayang nak masak...
eh! beli bungkus jelah bang oii..Raj, Suhaimi &
Faizal yang order nasi kerabu...tak sampai-sampai!!

Raya ke 4 - pantai Seef

Bahagian pantai yang mengarah ke Seef Mall
( Isnin, 15 Oct 2007 ~ dah petang...)
Dari gurun ke tepi pantai....Suhaimi & Fazilah

Berlatarbelakangkan sebuah bangunan yag menjadi mercu tanda Bahrain

Open House Raya ke 3

Ahad 14 Okt '07...Beraya di rumah Azida & Kamaruzaman di Manama.
Fazilah & Azida (Civil Eng) same batch kat UTM. Orang perempuan melepak lama di rumah Azida coz suami masing-masing pergi ke masjid untuk menunaikan solat jenazah bagi arwah Ahmad Izuan aka Bob. Jenazah akan diterbangkan ke Malaysia pada malam ini.
Dari kiri (berdiri): Kamaruzaman, Azida, Kak Maria (tudung hitam), Kak Ila, Fazilah, Fida (pink), serta anak-anak dara Kak Ila dan Kak Maria.
Suhaimi dan Fazilah di hadapan villa Fatah & Maheran
di Khaled Garden, Budaiya.
Selepas solat maghrib berjemaah, diadakan pula majlis
bacaan yassin dan tahlil untuk Allahyarham Bob.

Bersama anak-anak dara kak Maria dan Kak Ila



Bersama sebahagian tetamu di rumah Fatah & Maheran.
Dari kiri(berdiri): Azura, Maheran & Hilda. (duduk) : Mila, Hafmida, Norin aka Im (isteri Allahyarham Bob), Fida, Kak Ila, Azida, Kak Maria (hitam), Aifa dan anak-anak

Open house raya ke 2

Sabtu, 13 Oktober 2007. Open house yang dirancang
di rumah Ali& Aifa bertukar menjadi majlis bacaan
yassin & tahlil untuk Allayarham Bob
yang kembali ke rahmatullah lepas maghrib semalam....
kelihatan anak-anak begitu asyik bermain.....
Ramai tetamu yang hadir....

Antara tetamu wanita yang hadir


Jamuan hari raya disediakan termasuklah lemang dan nasi impit..

Masih dalam proses untuk mengusruskan pengantarn jenazah ke tanahair


Selepas majlis bacaan yassin dan tahlil. Masing-masing terpana dengan berita kematian saudara Bob. Secara tidak langsung dapat menghimpunkan seluruh warga Malaysia di Bahrain serta belajar banyak perkara tentang pengurusan jenazah....
Dalam ria ada sendu....

Dalam ria ada sendu

I will come back later......

Melayan tetamu di Aidil Fitri

Menjamu selera....nasi minyak, kari kambing dan acar timun...
itu jelah hidangan hari raya di rumah kami....Inilah kawan-kawan
senasib yang beraya di Bahrain dan merupakan kali pertama
kami berkenalan..Tetamu kami ini merupakan kawan-kawan
Faizal yang bekerja dengan HAJ.
Yang menariknya bila tinggal di perantauan ni, bila sebut je orang
Malaysia jemput ke rumah, pasti akan datang.....
sikap tolong menolong di sini amat di puji..


Faizal & Suhaimi sedang makan kueh raya.
Beraya di Bahrain walaupun tanpa ketupat dan lemang..
tetap meriah....hantam sajalah labu....

Selepas menjamu selera, kami berduyun-duyun beraya ke rumah
Hafmida & Muda (jiran kami) kemudian konvoi pula dengan
4 buah kereta ke rumah Yaz & Saiful di Zinj
(di sana barulah ada nasi impit, kuah kacang dan rendang
...mmmm yummy)....
bertembung pula dengan group dari Hoora (Rosman, Zainal &
family) serta Ali, Fatah & family....meriah dan gamat gitu....
kalah Pak Arab yang beraya di kampung sendiri...