Tuesday, November 6, 2007

Malam Raya...


Dari kiri: Faizal & Suhaimi (pertemuan di malam raya yang penuh bermakna)

Selepas solat Isyak berjemaah di Al Fateh Grand Mosque, terdapat pengumuman hari raya. Di ketika itu, hati ini asyik teringatkan mak, ayah, adik-adik serta sanak saudara di Malaysia. Di ruang solat, kebanyakan jemaah yang hadir adalah berbangsa Arab. Di satu penjuru kelihatan wanita Asia, seorang dari Indonesia dan dua lagi dari Singapura. Tidak lama selepas itu imam mengumunkan bahawa esok adalah hari raya (Jumaat 12 Oktober 2003)....masing-masing berpelukan antara satu sama lain...saat itu aku rasa amat terasing....tiada takbir bergema di malam raya..Sebelum beredar sempat aku bersalam dengan ketiga-tiga wanita Asia tadi...kami saling mengucapkan syukur kepada Illahi. Kak Rohaya sempat berpesan agar datang awal untuk solat hari raya.

No comments: