Tuesday, November 6, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat ayahbonda yang dikasihi,
sanak saudara serta teman-teman yang dirindui...
Maaf Zahir dan Batin...semoga berbahagia selalu.


Jumaat 13 Oktober 2007. Pagi raya yang ceria nan indah....
Suhaimi & Fazilah di hadapan Masjid Al Fateh, Manama.

"Allah huakbar Allah huakbar Allah huakbar. LaaIlahaillah huallah
huakbar. Allah huakbar walaillah hilhamd....."

Takbir bergema di seluruh alam memuji kebesaran Ilahi...walaupun di dalam melodi yang berbeza dan yang pastinya bukan dalam irama Malaysia yang penuh syahdu
dan mendayu-dayu....Aidil Fitri tetap berseri di sini...

Faizal yang berbaju melayu lengkap bersama Suhaimi. Suasana di hadapan masjid Al-Fateh selepas solat hari Raya Aidil Fitri. Ketika ini baru pukul 6.30 am.

Umat Islam dari pelbagai bangsa memenuhi ruang masjid ini untuk
bersama-sama menunaikan solat hari raya Aidil Fitri

-----------------***-----------------

Dalam dingin subuh, hatiku terusik

kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya, menitis air mata

Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini inginku kembali
pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
membela nasib kita bersama

Hanya kusampaikan doa & kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf

Jangan seri pagi ini tak dapat kita bersama
meraikan Aidil Fitri yang mulia...
Restu ayah bonda kuharap selalu...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin....

----------------------------**-------------------------------

No comments: