Tuesday, November 6, 2007

Melayan tetamu di Aidil Fitri

Menjamu selera....nasi minyak, kari kambing dan acar timun...
itu jelah hidangan hari raya di rumah kami....Inilah kawan-kawan
senasib yang beraya di Bahrain dan merupakan kali pertama
kami berkenalan..Tetamu kami ini merupakan kawan-kawan
Faizal yang bekerja dengan HAJ.
Yang menariknya bila tinggal di perantauan ni, bila sebut je orang
Malaysia jemput ke rumah, pasti akan datang.....
sikap tolong menolong di sini amat di puji..


Faizal & Suhaimi sedang makan kueh raya.
Beraya di Bahrain walaupun tanpa ketupat dan lemang..
tetap meriah....hantam sajalah labu....

Selepas menjamu selera, kami berduyun-duyun beraya ke rumah
Hafmida & Muda (jiran kami) kemudian konvoi pula dengan
4 buah kereta ke rumah Yaz & Saiful di Zinj
(di sana barulah ada nasi impit, kuah kacang dan rendang
...mmmm yummy)....
bertembung pula dengan group dari Hoora (Rosman, Zainal &
family) serta Ali, Fatah & family....meriah dan gamat gitu....
kalah Pak Arab yang beraya di kampung sendiri...

No comments: